Di manakah saya boleh dapatkan pek permulaan Mukminfon?

Dapatkan daripada wakil penjual kami atau layari http://www.mukminfon.com untuk senarai penuh rakan niaga kami.

Berapa harga pek permulaan Mukminfon?

Hanya RM30. Selepas pengaktifan pelanggan memiliki 30 hari jangka hayat aktif talian. Caj penggunaan normal akan dikenakan sejurus promosi percuma habis digunakan oleh pemilik talian.  

Adakah talian Mukminfon boleh digunakan di mana-mana?

Ya. sama seperti talian telefon mudah alih yang lain, Mukminfon menggunakan penyedia perkhidmatan UMobile. Keluasan liputan Mukminfon meliputi kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia. Jadi anda boleh menggunakan perkhidmatan Mukminfon walau di mana sahaja. Untuk maklumat lanjut kawasan liputan, sila layari http://www.friendimobile.my/dealer-locator#check-coverage

Apakah keistimewaan Mukminfon?

Mukminfon menawarkan pelan prabayar mudah alih berpatutan yang dilengkapi dengan aplikasi mudah alih yang menarik seperti aplikasi membeli-belah dalam talian, penstriman TV, kiriman wang dalam talian dan sebagainya.

Di manakah saya boleh membuat tambah nilai Mukminfon?

Anda boleh membeli baucar tambah nilai daripada peniaga sah Mukminfon dan tambah nilai akan dikreditkan kepada anda melalui FlexiReload atas talian.

Saya baru membeli pek Permulaan Mukminfon, bagaimanakah untuk mengaktifkan talian?

Taip *159# dan tekan butang panggilan. Kemudian anda hanya perlu menunggu jawapan SMS daripada Mukminfon untuk menerima Nombor Dinamik dan pengaktifan talian.

Saya ingin bertukar kepada Mukminfon. Bolehkah saya mengekalkan nombor talian saya yang sedia ada?

Boleh. Melalui *158#. Pilih menu Pengekalan Nombor dan ikut arahan seterusnya. Anda juga boleh memaklumkan kepada wakil penjual kami, proses ini akan diuruskan sepenuhnya oleh wakil penjual.

Berapa lamakah tempoh hayat Mukminfon sejurus ia diaktifkan?

Tempoh hayat talian adalah berpandukan kepada tambah nilai anda dan tidak mengambil kira sah ‘data pukal’. Anda perlu tambah nilai sebelum hari ke-30 untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.

Bagaimana cara untuk tambah nilai kredit?

Anda boleh membeli baucar tambah nilai daripada peniaga sah Mukminfon dan tambah nilai akan dikreditkan kepada anda melalui FlexiReload atas talian.

Bolehkah saya melayari Internet dengan simkad Mukminfon?

Boleh. Mukminfon menawarkan pelbagai pelan Internet yang bersesuaian dengan penggunaan anda.

Berapakah caj yang dikenakan untuk melayari Internet tanpa pelan Internet?

Untuk perkhidmatan Internet, caj yang dikenakan ialah 7.5 sen bagi setiap MB (RM0.075 / MB). Data dicaj mengikut blok 1MB, walaupun penggunaan data anda pada masa itu kurang daripada 1MB. Selain itu, anda juga boleh melanggan pakej data kami mengikut keperluan anda.

Berapakah kadar caj normal Mukminfon?

Kadar caj adalah seperti berikut:
MF-promosi pakej data-02 (1)

Pakej Data

Pakej Data

MF-promosi pakej data-01 (1)

Berapa lamakah tempoh hayat Mukminfon sejurus ia diaktifkan?

Tempoh hayat talian adalah berpandukan kepada tambah nilai anda dan tidak mengambil kira sah ‘data pukal’. Anda perlu tambah nilai sebelum hari ke-30 untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.