Mukminfon bukan sekadar pembekal perkhidmatan telekomunikasi tetapi kami juga menyediakan platform perhubungan dengan membangunkan aplikasi android bagi memastikan telekomunikasi menjadi lebih mudah dan senang untuk anda.

Memahami kehendak dan keperluan para pelanggan, kami turut membangunkan aplikasi telefon pintar khusus untuk anda. Aplikasi Mukminfon adalah sebuah aplikasi Islamik yang memberi sentuhan gaya hidup mukmin sejati seiring dengan slogan kami ‘Mukminfon Menghubungkan Ummah.’ Aplikasi ini terdiri daripada Cara Mukmin, Ilmu Mukmin, dan Kalendar Mukmin.

MUKMINFON

Mukminfon menggunakan rangkaian mudah alih dari Friendi Mobile dan kami menyediakan pakej telekomunikasi yang terbaik bagi memenuhi keperluan anda.

Mukminfon dibangunkan oleh anak syarikat penyedia perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi terawal di Malaysia ,Theta Edge Berhad yang juga anak syarikat kepada Lembaga Tabung Haji (TH).

Kami memiliki kepakaran dalam kepelbagaian latar belakang dari segi pendidikan, pengalaman dan kemahiran. Dengan segala kepakaran yang kami ada, kami memberi jaminan pengalaman yang hebat akan melangkaui jangkaan anda.

Kami amat berbesar hati mempunyai anda sebagai pelanggan. Kami akan terus berusaha dalam memastikan anda sentiasa teruja menjadi sebahagian yang terbaik dalam matlamat kami.

Facebook   Twitter   Instagram

Jadilah pengedar Mukminfon & nikmati lebih banyak kelebihan dengan Mukminfon Berminat? Klik Sini