1. PENYATA POLISI

Ceres Telecom Sdn Bhd (959540-V), adalah sebuah syarikat yang beroperasi di bawah nama dagangan “MukminFon” di Malaysia (“MukminFon”) menghormati privasi anda berhubungan dengan informasi peribadi anda dan mengakui bahawa informasi peribadi anda adalah penting kepada anda. MukminFon berkomited untuk melindungi informasi peribadi anda. MukminFon memahami syarat syarat Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan peraturan yang diperuntukkan di bawah Kod Pengguna Amalan Am untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, peruntukan yang dikeluarkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang privasi yang dikenakan di Malaysia. MukminFon dengan teliti melindungi penggunaan dan pemprosesan maklumat peribadi anda.

2. TERMA-TERMA PRIVASI

Penyata Polisi Privasi yang dinyatakan di sini mengandungi terma-terma dan syarat-syarat (“Terma-terma Privasi”) yang membentuk sebahagian dan mestilah dibaca bersama terma-terma dan syarat-syarat yang dikeluarkan oleh MukminFon. Dengan langganan anda dan penggunaan Perkhidmatan yang dibekalkan oleh MukminFon, anda mengakui, merepresentasi dan bersetuju bahawa anda telah pada setiap masa membaca, memahami keseluruhan dan menerima dan bersetuju untuk terikat kepada Terma-terma Privasi. Di samping itu, anda mengakujanji untuk menyemak laman web MukminFon atau apa bahan-bahan yang diberikan oleh MukminFon sekerapnya untuk sebarang pindaan, pembatalan, pengubahan atau pengubahsuaian. Tambahan pula, anda telah menerima, membenarkan dan bersetuju kepada MukminFon untuk penggunaan dan pemprosesan informasi peribadi anda.

3. PERUBAHAN

Terma-terma Privasi ini adalah tertakluk kepada pindaan, pembatalan, perubahan, atau pengubahsuaian pada bila-bila masa dan dalam apa jua cara oleh MukminFon tanpa apa-apa sebab atau sebarang notis terlebih dahulu. Anda mempunyai hak untuk mengakses dan meminda maklumat peribadi anda jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai data peribadi.

4. INFORMASI UNTUK KOLEKSI

MukminFon mengumpul informasi yang dinyatakan di bawah. Senarai jenis informasi-informasi yang dinyatakan di bawah ini adalah tidak berhabisan. MukminFon boleh pada bila-bila masa meminta sebarang tambahan jenis atau subjek informasi untuk tujuan seperti yang tertakluk di dalam Klausa 5 di bawah ini.

4.1 nama anda, tarikh lahir, tempat lahir, jantina, warganegara, bangsa, bahasa;

4.2 nombor pengenalan anda (contohnya, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Pasport dan Nombor Pendaftaran Syarikat);

4.3 butir-butir perhubungan anda seperti tetapi tidak terhad kepada alamat emel, nombor telefon, nombor faks dan alamat pos;

4.4 minat dan hobi-hobi anda;

4.5 komunikasi anda dengan kami dalam apa jua bentuk, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada, rakaman    komunikasi telefon, surat-menyurat melalui emel, sebarang kemasukan informasi anda di laman web rasmi MukminFon di mukminfon.com;

4.6 apa-apa butir-butir yang timbul daripada sebarang penggunaan anda atau sebarang penggunaan anda yang berkaitan dengan Perkhidmatan yang dibekalkan oleh MukminFon.

5. TUJUAN PENGGUNAAN DAN PEMPROSESAN INFORMASI

Penggunaan dan pemprosesan MukminFon terhadap informasi peribadi anda adalah untuk tujuan-tujuan seperti berikut:-

5.1 untuk tujuan pentadbiran, fungsi, operasi atau teknikal yang penting atau bersampingan dengan pembekalan Perkhidmatan oleh MukminFon;

5.2 untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan promosi, pengiklanan, pemasaran, jualan dan pembekalan Perkhidmatan oleh MukminFon;

5.3 untuk tujuan aktiviti-aktiviti promosi, pengiklanan, pemasaran, jualan yang dijalankan oleh MukminFon untuk menyediakan Perkhidmatan yang lebih baik kepada anda;

5.4 untuk mengelakkan penipuan, penyalahgunaan dan tindakan yang menyalahi undang-undang;

5.5 untuk mematuhi apa-apa terma-terma dan syarat-syarat yang diperuntukkan oleh MukminFon;

5.6 untuk mematuhi mana-mana undang-undang Malaysia yang digunapakai;

5.7 untuk mematuhi sebarang perintah atau arahan atau permintaan daripada pihak-pihak berkuasa.

6. PENDEDAHAN KEPADA PIHAK KETIGA

MukminFon tidak menjual informasi anda kepada mana-mana pihak ketiga. Walaubagaimanapun, dalam peruntukan pentadbiran, fungsi, operasi dan teknikal Perkhidmatan yang dibekalkan oleh MukminFon, adalah penting dan bersampingan bahawa informasi peribadi anda didedahkan kepada pihak-pihak ketiga seperti yang dinyatakan di bawah:-

6.1 ejen-ejen, peniaga-peniaga dan wakil-wakil MukminFon;

6.2 Kontraktor-kontraktor pihak ketiga atau pembekal-pembekal MukminFon;

6.3 pembekal kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian pihak ketiga yang mengumpul dan menyimpan informasi peribadi anda;

6.4 kontraktor-kontraktor pihak ketiga atau agensi-agensi MukminFon yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk tujuan promosi, pengiklanan, pemasaran, jualan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi, pengiklanan, pemasaran dan jualan yang semuanya adalah kepunyaan MukminFon;

6.5 penasihat-penasihat professional MukminFon yang termasuk tetapi tidak terhad kepada akauntan, juruaudit, penasihat cukai dan peguam;

6.6 mana-mana pihak berkuasa.

7. PILIHAN

Anda boleh menggunakan hak anda untuk memberikan atau menahan informasi peribadi anda jika informasi peribadi yang diminta oleh MukminFon adalah satu pilihan yang mana anda boleh menggunakan hak-hak tersebut.

8. SEKURITI

MukminFon mengunapakai dan melaksanakan langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan sekuriti dan integriti informasi anda. Walaubagaimanapun, MukminFon tidak menjamin kehilangan, penyalahgunaan atau perubahan terhadap informasi anda oleh pihak ketiga yang mana adalah di luar kawalan dan pengawasan MukminFon atau melalui penipuan, penyalahgunaan, atau kelakuan atau penggunaan internet yang menyalahi undang-undang.

9. INFORMASI YANG TEPAT, LENGKAP DAN TERKINI

Anda menjamin dan merepresentasi bahawa informasi yang anda berikan kepada MukminFon adalah tepat, lengkap dan terkini pada setiap masa. Anda hendaklah terus mengekalkan informasi yang tepat, lengkap dan terkini dengan MukminFon dengan memaklumkan kepada MukminFon berkenaan dengan sebarang maklumat terkini atau sebarang perubahan informasi yang telah anda berikan kepada MukminFon.

10. HUBUNGI

Anda boleh menghubungi MukminFon dengan Nombor Panggilan Perkhidmatan Pelanggan 011 38 123456 untuk sebarang perubahan informasi anda atau untuk mengakses informasi anda.

11. DEFINISI

Definisi perkataan-perkataan yang terkandung dalam Terma-Terma Polisi di sini adalah sama seperti yang dinyatakan di dalam “Terma-terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan Prabayar MukminFon” dan di samping itu perkataan-perkataan berikut yang dinyatakan dalam Terma-Terma Polisi akan mempunyai erti-erti seperti yang berikut:-

(a) “pihak-pihak berkuasa” bererti mana-mana Kerajaan, organisasi kerajaan separa atau organisasi bukan kerajaan atau entiti peringkat tempatan, perbandaran, Negeri atau Persekutuan yang mempunyai autoriti kompeten atau bidang kuasa di bawah undang-undang Malaysia atau menjalankan kuasa undang-undang atau penyeliaan kuasa atau tugas di bawah undang-undang tersebut;

(b) “informasi” bererti informasi peribadi yang anda telah berikan kepada MukminFon;

(c) “penggunaan dan pemprosesan” bererti mengumpul, merekod, memegang, menyimpan dan mendedahkan informasi peribadi dan termasuk menganjurkan, menyesuaikan diri, mengubah, mendapatkan semula, perundingan, pendedahan, penyebaran, menyelaraskan, menggabungkan, membetulkan, memadamkan atau memusnahkan informasi peribadi anda.